
Terdapat tujuh benda atau binaan yang disenaraikan sebagai ajaib di dunia iaitu Tembok Besar China yang mempunyai lebih 24,000 pintu gerbang dan panjang 5,000 kilometer; Piramid yang dibina dengan 2,500,000 blok batu besar yang tersusun rapi; Taj Mahal istana yang dibina oleh Maharaja India, Shah Jahan untuk isterinya Mumtaz; Candi Borobudur yang terletak di Jawa; Angkor Watt di Kemboja, Taman Tergantung Babylon yang dibina lebih 3,000 tahun yang lalu dan Menara Condong Pisa yang terletak di Itali.
Setiap binaan itu mempunyai keistimewaan dan keajaibannya yang tersendiri. Walaupun binaan itu telah berusia ratusan dan ada yang mencapai ribuan tahun tetapi masih berdiri kukuh sehingga ke hari ini. Malahan teknologi moden pada zaman kini masih tidak mampu untuk menghasilkan binaan yang sedemikian rupa. Persoalan, keupayaan masyarakat dahulu membina bangunan dan monumen tersebut masih lagi menjadi tanda tanya yang belum terjawab sepenuhnya.



















